Suara penyanyi opera Opera

Lingkungan Suara
Suara WanitaSopranoMezzo-sopranoKontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)TenorBaritenorBaritonBariton-besBes

Kaitan

SopranisKastrato

Klasifikasi vokal

Penyanyi opera dan peranan yang mereka lakonkan diklasifikasikan mengikut lingkungan suara. Suara penyanyi lelaki diklasifikasikan sebagai bes, bariton-bes, bariton, tenor dan kauntertenor. Suara penyanyi wanita pula diklasifikasikan sebagai kontralto, mezzo-soprano dan soprano. Kadang-kala terdapat juga penyanyi lelaki yang mampu menyanyikan lagu dalam lingkungan suara wanita; mereka ini diklasifikasikan sebagai sopranis atau kauntertenor. Kebiasaannya penyanyi kauntertenor menyanyikan nada tinggi dengan menggunakan teknik pemalsuan suara yang dipanggil falseto. Berbanding dengan 2 kategori itu, hanya kauntertenor biasanya menyanyi di opera dan sesekala menyanyikan babak yang ditulis untuk kastrato (penyanyi lelaki yang dikembiri ketika masih budak untuk mencegahkan perubahan suara mereka dan membolehkan mereka menyanyi nada tinggi). Suara penyanyi opera kerap dikenal pasti dengan ciri-cirinya selain daripada lingkungan suara sahaja seperti, resonan atau warna, kualiti vokal, ketangkasan, kuasa suara dan corak suara (tessitura) yang baik. Oleh itu, seorang penyanyi soprano boleh dikenali sebagai soprano lirik (lyric soprano), koloratura, soubret, spinto, atau soprano dramatik (dramatic soprano). Walaupun istilah-istilah ini tidak menerangkan dengan penuh untuk suara nyanyian, tetapi ciri-ciri suara dan peranan biasanya berhubungkait dengan pemilihan penyanyi opera.

Sistem “Fach” yang berasal dari Jerman ialah kaedah mengklasifikasikan penyanyi opera menurut lingkungan suara, berat suara dan warna suara mereka. Suara seseorang penyanyi mungkin berubah secara mendadak dalam tempoh hidupnya. Jarang sekali suara penyanyi mencapai tahap kematangan sehinggalah penyanyi tersebut mencapai umur pertengah 30-an.

Penggunaan bahagian suara

Suara soprano ialah salah satu suara terpenting untuk suara peranan wanita utama untuk sesebuah opera. Penekanan penguasaan dalam lingkungan suara yang kini diterima pakai sebagai satu piawaian wajib bermula daripada rekaan era muzik klasikal. Sebelum era itu, pemilihan suara dibuat berdasarkan kebolehan dan kepintaran suara mengalunkan irama, bukan mengikut lingkungan suara. Penyanyi soprano amat jarang melepasi atas nota A tinggi, manakala penyanyi kastrato seperti Farinelli, dianggap boleh mencapai nota F atas. Penggubah George Frideric Handel contohnya hanya menulis satu peranan yang suara nyanyiannya melebihi nada C tinggi. Penyanyi kontralto gemar menyanyikan beberapa bahagian repertoir opera sahaja, oleh itu boleh dikatakan penyanyi kontralto hanya memainkan peranan lelaki muda (breeches role). Namun sejak kebelakang ini, kebanyakan peranan-peranan tersebut diberikan kepada kauntertenor.

Penyanyi tenor sudah menjadi sebagai satu simbol wajib untuk memegang peranan sebagai pelakon lelaki utama atau perwira semenjak dari dahulu lagi. Cabaran yang dikatakan paling sukar untuk dimainkan oleh penyanyi tenor ialah seni kerja opera yang ditulis oleh penggubah Donzetti, yang menulis urutan nota atas 9 C tengah C untuk "La fille du régiment". Penggubah Wagner pula menekankan penggunaan penyanyi lelaki yang mempunyai kedalaman suara untuk memegang peranan utama atau seorang hero dalam operanya, seperti contoh seorang heldentenor. Peranan penyanyi bes mempunyai sejarah yang panjang dalam dunia opera, pernah digunakan dalam “opera seria” untuk selingan lucu (dan sebagai suara yang amat berlainan dengan peranan-peranan yang lain di opera yang selalunya mampu menyanyikan nada tinggi). Repertoir bes adalah besar dan berlainan, merangkumi daripada opera komedi Don Giovanni untuk peranan buffo hingga ke opera kebangsawanan seperti peranan Wotan untuk Der Ring des Nibelungen karya penggubah Wagner.